PANEL MUAT TURUN

Borang Pengesahan HPIPT (BM / ENG)

Sudah Diproses

00156748

99.74% dari Jumlah 157152
Lulus

00085449

54.37% dari Jumlah 157152
Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) fasa 1 telah di tutup 2023
Syarat-syarat Kelayakan HPIPT

Pastikan anda memenuhi syarat-syarat Kelayakan dibawah untuk memohon Hadiah Pengajian IPT oleh Kerajaan Negeri Selangor

  1. Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
    (i). Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    (ii). Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    (iii). Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  3. Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja*.
  4. Pemohon telah mendaftar diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  5. Pemohon adalah pelajar tahun pertama sahaja.
  6. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  7. Pendapatan isi rumah Ibu, Bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah sahaja.
  8. Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.
  9. *Matrikulasi / Kolej Vokasional / IKBN / IKTBN / Kursus Persediaan / Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon.